?

Sunday, May 22, 2011

Positive pregnant

Dipertengahan Julai 2010, periodku lewat seminggu daripada biasa. Walaupun aku sudah biasa dengan period yang tidak teratur, tapi kali ini perasaanku lain dari biasa. Aku mengajak suami segera ke farmasi berdekatan untuk mencari alat ujian kehamilan. Masih ingat lagi, suamiku lah yang menjaga masa dan beria2 semasa ujian dilakukan. Hasil ujian yang positif amat membahagiakan kami berdua. Hanya tuhan yang tahu perasaan ku tatkala itu. Sudah 6 bulan kami bersama, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ramai kawan2 dan saudara bertanya. Akhirnya penantian ku berakhir jua. Bagi memastikannya, kami pergi mendapat pengesahan di klinik. Memang sah positif, suami ku dijemput sama Dr Elina masuk ke bilik. Tahniah pertama kami terima. Doc memberi pelbagai nasihat memandangkan ini pengalaman mengandung yang pertama.

0 comments: