?

Friday, July 13, 2012

for the first time, publish a new post using my new tab. not  as easy using keyboard. perkebangan terkini aku mcm biasa je. cuma harith, my beloved son,di usia 1 thn 3 bln msh blum berjalan. badan underweight,x suka mkn nasi. tak tau la, adakah aku tak pandai jaga anak ??? walaupun aku dah lakukan yang terbaik. ya Allah, smoga Engkau permudahkan segalanya. amin

Monday, May 23, 2011

New mum

Kini, aku telah bergelar seorang ibu. Ibu kepada cahaya mata yang bernama Harith Jazlan. Nama yang dipilih bersama suamiku yang tercinta. Tak de kata nak dibandingkan dengan perasaan gembiranya aku dapat bergelar seorang ibu. Hanya syukur kehadrat Ilahi yang dapat ku panjatkan atas kurniaanNya yang Esa. Disini aku ingin kongsikan pengalaman ku sepanjang tempoh mengandung hinggalah sekarang. Esok bayiku genap sebulan.

Sunday, May 22, 2011

Pengalaman mengandung

Dua bulan pertama mengandung adalah saat yang paling bahagia. Suami ku memberi perhatian yang lebih dan tak membenarkan aku melakukan kerja2 yang lasak. Ramai yang mengucapkan tahniah. Tidak ada lagi perasaan segan bila orang bertanya bila nak dapat anak.
Masuk bulan ke 3 dan ke 4,aku mula loya, muntah. Bau busuk langsung tak boleh dihidu. Nasib baik aku tidak alah kepada bau suami. Makanan yang selalu dimakan seperti tom yam, langsung tak boleh disentuh.
Genap 4 bulan, aku dah tak muntah lagi. Kembali bertenaga, tapi tak segagah dulu. Setiap aktiviti yang dilakukan cepat penat dan mudah semput. Sepanjang kandungan, aku tidak byk masalah kesihatan yang kritikal. Tiada darah tinggi, tiada kencing manis. Tapi kandungan hemoglobin dlm darah agak berkurangan. Itu yang menyebabkan aku cepat letih dalam melakukan setiap kerja. Kadang2, ada juga masalah kencing kotor sebab aku kurang minum air disekolah. Aku juga kerap demam sepanjang tempoh kehamilan. Ubat obimin yang doc bagi tak dapat ditelan mengikut peraturan memandangkan aku susah nak menelan ubat.
Mengidam, aku tak mengidam pelik2. Tak nak menyusahakan suami aku. Tapi semasa mengandung, setiap wekend mesti nak makan angin. Aku tak boleh duduk diam dlm rumah, tak kira lah kemana pun, asalkan keluar dari rumah.
Shopping barang baby juga satu pengalaman yang indah. Keluar bersama suami, mencari keperluan bayi bersama2. Suami ku lebih tertumpu kepada stroller. Memang tak dinafikan, byk juga wang yang dihabiskan untuk memnuhi keprluan bayi. Tapi tak mengapa, demi anak yang bakal dilahirkan, aku sanggup melakukan apa saja. Baju baby yang dibeli kebanyakan nya berwarna biru walaupun aku belum mengetahui jantina. Aku juga tidak gemar bermake-up semasa hamil. Mungkin ini lah instinc seorang ibu.

Positive pregnant

Dipertengahan Julai 2010, periodku lewat seminggu daripada biasa. Walaupun aku sudah biasa dengan period yang tidak teratur, tapi kali ini perasaanku lain dari biasa. Aku mengajak suami segera ke farmasi berdekatan untuk mencari alat ujian kehamilan. Masih ingat lagi, suamiku lah yang menjaga masa dan beria2 semasa ujian dilakukan. Hasil ujian yang positif amat membahagiakan kami berdua. Hanya tuhan yang tahu perasaan ku tatkala itu. Sudah 6 bulan kami bersama, tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ramai kawan2 dan saudara bertanya. Akhirnya penantian ku berakhir jua. Bagi memastikannya, kami pergi mendapat pengesahan di klinik. Memang sah positif, suami ku dijemput sama Dr Elina masuk ke bilik. Tahniah pertama kami terima. Doc memberi pelbagai nasihat memandangkan ini pengalaman mengandung yang pertama.

Friday, June 18, 2010

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamila h kekuatannya dan kamila h kehebatannya... '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya...
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca