?

Sunday, May 22, 2011

Pengalaman mengandung

Dua bulan pertama mengandung adalah saat yang paling bahagia. Suami ku memberi perhatian yang lebih dan tak membenarkan aku melakukan kerja2 yang lasak. Ramai yang mengucapkan tahniah. Tidak ada lagi perasaan segan bila orang bertanya bila nak dapat anak.
Masuk bulan ke 3 dan ke 4,aku mula loya, muntah. Bau busuk langsung tak boleh dihidu. Nasib baik aku tidak alah kepada bau suami. Makanan yang selalu dimakan seperti tom yam, langsung tak boleh disentuh.
Genap 4 bulan, aku dah tak muntah lagi. Kembali bertenaga, tapi tak segagah dulu. Setiap aktiviti yang dilakukan cepat penat dan mudah semput. Sepanjang kandungan, aku tidak byk masalah kesihatan yang kritikal. Tiada darah tinggi, tiada kencing manis. Tapi kandungan hemoglobin dlm darah agak berkurangan. Itu yang menyebabkan aku cepat letih dalam melakukan setiap kerja. Kadang2, ada juga masalah kencing kotor sebab aku kurang minum air disekolah. Aku juga kerap demam sepanjang tempoh kehamilan. Ubat obimin yang doc bagi tak dapat ditelan mengikut peraturan memandangkan aku susah nak menelan ubat.
Mengidam, aku tak mengidam pelik2. Tak nak menyusahakan suami aku. Tapi semasa mengandung, setiap wekend mesti nak makan angin. Aku tak boleh duduk diam dlm rumah, tak kira lah kemana pun, asalkan keluar dari rumah.
Shopping barang baby juga satu pengalaman yang indah. Keluar bersama suami, mencari keperluan bayi bersama2. Suami ku lebih tertumpu kepada stroller. Memang tak dinafikan, byk juga wang yang dihabiskan untuk memnuhi keprluan bayi. Tapi tak mengapa, demi anak yang bakal dilahirkan, aku sanggup melakukan apa saja. Baju baby yang dibeli kebanyakan nya berwarna biru walaupun aku belum mengetahui jantina. Aku juga tidak gemar bermake-up semasa hamil. Mungkin ini lah instinc seorang ibu.

0 comments: